Siapa boleh menyertai Google Adsense?

Program Google Adsense adalah terbuka kepada sesiapa sahaja. Anda perlulah memiliki sekurang-kurangnya sebuah laman web atau blog sebagai tempat di mana anda akan memaparkan iklan-iklan Adsense. Jika anda sudah pun mempunyai kemahiran dalam pembinaan laman web atau blog, anda pasti boleh menggunakan program ini dengan mudah. Antaramuka (interface) bagi program ini turut mudah difahami dan mesra pengguna.
Selain itu, proses pembayaran bagi program ini juga adalah ringkas dimana anda tidak perlu lagi mendaftar atau membuka apa-apa akaun. Cek pembayaran pula akan dihantar terus dari Syarikat Google di Amerika ke alamat kediaman yang anda yang anda daftarkan!