Di dalam program Google Adsense, pihak yang terlibat terdiri daripada pengiklan, anda (setelah anda mendaftar dengan Google Adsense) dan pihak Google sendiri. Prosesnya secara ringkas adalah seperti berikut:
- Pengiklan menawarkan bayaran kepada Google untuk memaparkan iklan mereka. Pihak pengiklan hanya akan membayar kepada pihak Google jika iklan mereka mendapat klik dari pengunjung. Bayaran ini adalah dalam bentuk kos-per-klik (cost-per-click). Ini bermakna pengiklan membayar sejumlah wang bagi setiap satu klik yang diperoleh. Sekiranya tiada klik pada iklan yang dipaparkan, maka tiada pembayaran akan dilakukan.
- Google akan mengedarkan iklan-iklan tersebut secara kontekstual kepada anda untuk dipaparkan di laman web anda. Paparan secara kontekstual bermakna pihak Google akan sedaya upaya memastikan hanya iklan-iklan yang berkaitan tengan konteks/topik laman web anda sahaja akan dipaparkan. Walau bagaimanapun, jika tiada iklan yang berkaitan dengan konteks/topik laman web anda maka iklan-iklan "public service" akan dipaparkan. Iklan-iklan "public service" ini adalah percuma maka anda tidak akan mendapat apa-apa bayaran jika pengunjung klik padanya.
- Apabila pengunjung yang melawat laman web anda klik pada iklan-iklan Adsense, pengunjung tersebut akan dibawa ke laman web pengiklan. Ini bermakna pihak pengiklan telah mendapat seorang pelanggan melalui pihak Google. Pengiklan berkenaan seterusnya akan membayar sejumlah wang kepada Google atas kejayaan tersebut. Sebahagian daripada bayaran yang diperoleh pihak Google itu akan kemudiannya diberikan kepada anda di atas "bantuan" anda memaparkan iklan tersebut.
Peringatan penting : Anda tidak dibenarkan sama sekali untuk klik pada mana-mana iklan Adsense yang dipaparkan di laman web anda sendiri. Tindakan ini boleh dikesan oleh pihak Google dan tindakan "ban" atau pengharaman ke atas laman web anda boleh dilakukan.