Bagaimana memasukkan iklan Adsense ke laman web/blog?

Adalah tidak sukar bagi anda untuk memasukkan iklan-iklan Adsense ke dalam laman web atau blog anda. Namun begitu, terdapat teknik yang berbeza untuk memasukkan iklan Adsense ke dalam sesebuah laman web atau blog.

Laman web
Jika anda pemilik laman web, anda boleh memasukkan iklan-iklan adsense dengan cara "copy" dan "paste". Caranya adalah seperti berikut:

1. Di dalam akaun Adsense anda, klik pada tab "Adsense Setup".


2. Pilih jenis iklan yang anda ingin paparkan (Adsense for Content, Adsense for Search atau Referrals) dan ikuti langkah-langkah bagi penampilan iklan anda hingga ke skrin seperti dibawah.


3. "Copy" semua kod di dalam petak kelabu dan "paste" pada editor html aplikasi web anda.

*Iklan Adsense yang baru dijana akan mengambil masa di dalam tempoh 10 minit untuk ianya mula dipaparkan.

Blog
Langkah-langkah berikut adalah untuk pengguna Blogger.com sahaja.
1. Log masuk ke dalam akaun anda.
2. Klik pada "Layout".


3. Klik pada "Add a page element".


4. Klik pada "ADD TO BLOG" pada ruangan Adsense dan ikuti langkah-langkah yang disediakan sehingga selesai.