Apakah kaedah-kaedah pembayaran yang boleh didapati?

Terdapat tiga kaedah pembayaran Google Adsense yang anda boleh dapati iaitu:

1. Pembayaran melalui cek.
  • Melalui kaedah ini, pihak Google akan menghantar cek ke alamat pos yang telah anda bekalkan. Cek tersebut adalah di dalam matawang USD (United States Dollar). Penghantaran cek tersebut adalah melalui pos biasa (Standard Delivery) dan mengambil masa dari 2 hingga 4 minggu bergantung kepada lokasi anda. Jika anda ingin cek anda tiba lebih cepat, anda boleh memilih untuk penghantaran melalui "Secure Express Delivery" yang menggunakan servis kurier. Melalui penghantaran ini, anda akan menerima cek anda dalam tempoh masa satu minggu.

Contoh cek daripada Google.

2. Pembayaran melalui EFT (Electronic Funds Transfer).
  • Pembayaran melalui kaedah ini adalah cepat dan mudah. Ini dimana pihak Google akan membayar kepada anda melalui akaun bank anda di dalam matawang negara di mana anda menetap. Walau bagaimanapun, kaedah ini belum boleh didapati di Malaysia.

3. Pembayaran melalui Western Union Quick Cash.
  • Melalui kaedah ini, anda boleh menerima bayaran anda secara tunai di mana-mana cawangan Western Union di Malaysia. Kaedah ini adalah lebih mudah, pantas serta murah berbanding kaedah-kaedah lain di atas. Ini adalah kerana anda boleh menerima bayaran Adsense anda hanya sehari selepas pembayaran dilakukan oleh Google. Ini akan mengurangkan masa menunggu serta kos servis yang dikenakan oleh pihak bank apabila menunaikan cek. Untuk menuntut wang tersebut, anda hanya dikehendaki membawa bersama kad pengenalan, maklumat pengirim (Google Inc. 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, California 94043, USA. Phone Number: 650-253-4000), jumlah bayaran yang dituntut dan nombor MTCN (Money Transfer Control Number) yang boleh anda dapati di dalam akaun Adsense anda. Anda boleh menyemak senarai cawangan Western Union yang terdekat dengan lokasi anda di alamat http://www.payment-solutions.com/agent.asp

Contoh slip pembayaran Western Union.